nuffnang

Thursday, December 31, 2015

Bengkak Susu. Apa Punca dan Cara Penyelesaian

Assalamualaikum Shaklee lovers. 

Petang ni sambil-sambil bersedia nak closing, saya nak kongsi beberapa info mengenai Bengkak Susu.

Siapa yang sering alami masalah bengkak susu? Mestilah para ibu yang menyusukan bayi :) Kadang-kadang bengkak susu sampai boleh bawa demam. Bila dah demam tu yang menyekat aktiviti seharian kita. Sebenarnya, bengkak susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara dan nanah. Jom kita tengok apa punca sebenar bengkak susu ni supaya tidak berulang lagi.

7 PUNCA BERLAKU BENGKAK SUSU:

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on breastfeeding)

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.


2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.


3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.


4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.


Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara(switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7. Pam susu. (Breast pump).

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.

Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong.  Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.

Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.

Bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu, boleh cuba amalkan tips yang disediakan di bawah untuk melegakan bengkak susu.

TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast.

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compressuntuk menghilangkan radang.

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.


** Perkongsian dari cikgususu.com


Selain daripada tips-tips yang dikongsikan tadi, para ibu boleh juga mencari makanan tambahan yang sesuai bagi melancarkan peredaran susu. Bagi saya, saya cadangkan Lecithin Shaklee. Kenapa Lecithin Shaklee bagus untuk ibu menyusu dan memastikan tiada bengkak susu?

Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu

Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  • Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .


Diharapkan dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu melancarkan dan memudahkan proses penyusuan untuk anak-anak. Semoga dipermudahkan urusan para ibu.


Hubungi kami, untuk mendapatkan Lecithin dengan HARGA PROMOSI (hari terakhir, 31/12/2015) beserta dengan FREE CONSULTATION!
msg/whatsapp: 019-2090727
pm fb: https://www.facebook.com/messages/kedaivitamintanjungkarang

COD: Tanjung Karang, Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment