nuffnang

Tuesday, January 5, 2016

TANDA HAMIL ANAK LELAKI


Bagi seorang ibu yang sedang hamil, pasti dia akan tertanya-tanya apakah jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Saya sebagai ibu yang sedang hamil 6 bulan juga memikirkan benda yang sama. Ada rakan guru mengatakan bentuk perut saya ni macam bakal melahirkan bayi lelaki. Ye ke? Masih menjadi persoalan selagi tak scan kan. Ni saya kongsikan antara cara tradisional bagi mengecam bayi yang bakal dilahirkan mengikut kata-kata orang lama.

Jika anda mengandung anak lelaki, berikut antara tanda-tandanya :

1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan tajam
2. Anda tidak mengalami 'morning sickness'
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing, bermakna anda hamil anak lelaki
14. Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih, bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki


Kalau dilihat pada tanda-tanda yang tertera ni, memang banyak menunjukkan saya hamil anak lelaki. Bagi yang bahagian sering sakit kepala, saya tak pernah pula diserang sakit kepala sepanjang hamil. Mungkin disebabkan B Complex Shaklee :) Apa-apa pun saya tiada mengharapkan mana-mana jantina, yang penting anak sihat dan ceria selalu :) Kalau lelaki, mungkin suami saya orang paling gembira sebab boleh ajak pergi memancing. hihi. Doakan ibu dan anak sihat sentiasa ya.


No comments:

Post a Comment