nuffnang

Tuesday, May 17, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Tiba2 rasa nak kongsi pengalaman bersalin 6 Mei haritu.

Kita ni overdue. Doktor bagi tempoh seminggu lagi untuk bersalin. Jadinya, 5 Mei dah kena serah diri ke Hospital Sg Buloh. Ramai tanya kenapa tak bersalin hospital swasta. Saya tak terfikir langsung nak ke swasta sebab saya dan suami masih dalam proses menstabilkan kewangan. Kalau boleh nak Hospital Tg Karang je kalau takde kes. Tapi kita merancang saja. Allah tentukan, saya bersalin di Sg Buloh juga. Nak tahu, layanan kat situ, best sangat :) kecuali kena survive sorang2 dalam wad lepas bersalin tu sorang2. Yang tu tak best haha.

5 Mei check bukaan rupanya dah 5 cm. Ramai kata 5 cm tu patutnya dah tak duduk diam. Sakit dah mula menyerang. Tapi, saya tak rasa sakit langsung. Terkejut doktor kata dah 5 cm. Bukan sorang check, sampai 3 orang. Memang sah la tu 5 cm. Doktor terus cakap saya akan dihantar ke labor room terus nanti. Maksudnya dah kena bersedia la kan.

Hari terus berlalu, takde apa2 tanda. Lewat petang tu baru keluar tanda turun darah. Tanda air ketuban takde langsung. Masih tak sakit. Masih bertenang macam takde apa berlaku. Esoknya, doktor cek lagi sekali, bukaan masih 5cm. Dia bagitahu harini kena masuk labor room jugak sebab dah cukup seminggu overdue dan bukaan pun dah besar. Jam 9.30 betul2 lepas sarapan, terus doktor suruh siap2 nak masuk labor room. Nebes! Tapi rasa lambat lagi proses ni. Dia suruh masuk je tu.

Rupanya, lepas ditolak masuk ke labor room, doktor dan nurse terus buat persediaan dan terus pecahkan ketuban. Haaa perasaan taktau nak kata. Rasa macam tak ready. Siap tanya, nanti boleh makan lagi tak? Sebab kita sangka lama lagi nak bersalin. Rupanya dah masuk labor room tak boleh makan dah sebab incase kita kena emergency operate, perut kena kosong.

Jam 9.40 am dah setel pecah ketuban, barulahh nak rasa sakit. Tapi bagi saya, sakit tu tak sakit sangat. Part yang saya rasa sakit, masa dia gunting dan jahit hahaha. Yang tu sakit bagi saya sebab bersalin tak sakit. Penat nak keluarkan baby je. Terbaring la sorang2 atas katil tu, siap tengok sister tengah mengajar budak praktikal. Siap gelak2 lagi dengan diorang. Jam 11 keatas baru mula berpeluh2. Senyum bolehh takde hal. Gelak je dah berkurang sebab automatik kita akan rasa susah nak bercakap. Cakap pun sopan2 gitu.

12.15pm, contraction makin kuat. Nurse pun dah tanya kalau rasa nak keluar dah baby tu, panggil dia. Nak panggil pun takde kudrat dah rasanya haha. 12.25pm semua nurse dah ready. Kita pun dah mood baby nak pop out. 12.30pm nurse panggil suami masuk. Alhamdulillah, suami tengok setiap saat proses bersalin tu. Dari nampak rambut baby, sampailah keluar. Syukur suami ada. Masa suami suruh selawat, saya rasa nak marah je kat dia. Siap suruh dia diam sebab ntah. Rimas kot. Hahaha. Yela dok bertarung ni, dia dok bagi semangat kat tepi kan. Walaupun rimas, tu lah yang membantu jadi kuat semangat. Tq suami! Allah saja mampu balas budi awak ada dengan saya ketika tu.

Tup tup 12.51pm, keluarlah satu suara menangis uwek uwek dengan nyaringnya. Tu pun lepas dipukul montotnya haha. Alhamdulillah memori yang susah nak lupa. Tapi lepas tu proses menjahit, yang tu lagi dua kali ganda susah nak lupa.

Kalau ikutkan, kejap sangat pengalaman sakit contraction, sekejap sangat dalam labor room, ada yang 12 jam tahan contraction dalam labor room. Tapi Allah mudahkan urusan bersalin saya. Rahsianya, memang tak putus baca laila illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Memang tak putus. Tak lekang sesaat pun. Masa proses keluarkan baby pun masih teruskan bacaan. Memang rasa dipermudah sangat urusannya. Dan rahsia kedua, mind set. Saya memang mind set taknak duduk dalam labor room lama2, nak rasa sakit yang sekejap, nak melahirkan hari Jumaat dan nak baby lahir sebelum waktu solat supaya saya tak perlu qada'. Alhamdulillah Allah makbulkan :D

Okay tu je nak cerita. Bagi yang menunggu hari, zikrullah banyak2. Mind set dalam2 apa yang dihajatkan. InshaaAllah dipermudah :)

Ewahh panjangnya menaip!

Nak order Shaklee?
Whatsapp Iqa 0192090727.
Diskaun 20% pada setiap pembelian*

No comments:

Post a Comment