nuffnang

Tuesday, May 17, 2016

Pemalas & Tidak Fokus!

[PEMALAS & TIDAK FOKUS]

Masalah ramai orang yang nak berjaya,
tetapi tidak berjaya untuk berjaya,
adalah kerana mereka malas dan tidak fokus.

Saya mulakan dengan pemalas.
Pemalas sukar nak berjaya kerana orang yang berjaya antara cirinya adalah dia berkerja keras. Orang yang berjaya juga tidak akan terus berjaya. Dia akan diuji dan diuji. Untuk mengatasi ujian-ujian tersebut, semestinya kekerasan usaha itu dituntut.

Pemalas juga akan menjadi seorang yang lembab. Sedangkan peluang tidak menanti kita mendapatkannya. Peluang akan pergi mengikut masa, dirampas oleh pesaing, dan sebagainya. Pemalas tidak akan mampu menghargai peluang, lantas dia akan membazirkannya.

Saya sentuh pula perihal tidak fokus.

Kadangkala ada orang ni dia tidak malas. Dia sangat rajin. Bahkan teramat rajin. Banyak kerja dia nak buat. Semua benda dia nak kisah. Dia akhirnya tidak fokus.

Apa sebenarnya dia nak? Dia tak tahu.
Apa 'core business' dia? Dia tak tahu.
Apa perjuangan sebenar dia dalam hidupnya? Dia tak tahu.

Dia tiada fokus.
Akhirnya?
Kekuatannya habis di banyak tempat, namun tidak membawa apa-apa hasil. Kerjanya bertaburan, banyak namun tidak berjaya memberikan impak. Semua tidak berjaya dek kerana tenaganya telah terbahagi pada terlalu banyak perkara.

Mengapa tidak dia fokuskan tenaganya pada satu-dua perkara sahaja? Kemudian mengembangkannya kepada potensinya yang tertinggi? Namun ramai orang tidak tahu untuk fokus.

Bila dua penyakit ini tidak diselesaikan,
memang sukar untuk seseorang itu hendak menempah kejayaan.

Orang yang nak berjaya kena bukan sekadar rajin,
tetapi juga  kena belajar berfokus.

#copypaste
#pageHilalAsyraf

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Tiba2 rasa nak kongsi pengalaman bersalin 6 Mei haritu.

Kita ni overdue. Doktor bagi tempoh seminggu lagi untuk bersalin. Jadinya, 5 Mei dah kena serah diri ke Hospital Sg Buloh. Ramai tanya kenapa tak bersalin hospital swasta. Saya tak terfikir langsung nak ke swasta sebab saya dan suami masih dalam proses menstabilkan kewangan. Kalau boleh nak Hospital Tg Karang je kalau takde kes. Tapi kita merancang saja. Allah tentukan, saya bersalin di Sg Buloh juga. Nak tahu, layanan kat situ, best sangat :) kecuali kena survive sorang2 dalam wad lepas bersalin tu sorang2. Yang tu tak best haha.

5 Mei check bukaan rupanya dah 5 cm. Ramai kata 5 cm tu patutnya dah tak duduk diam. Sakit dah mula menyerang. Tapi, saya tak rasa sakit langsung. Terkejut doktor kata dah 5 cm. Bukan sorang check, sampai 3 orang. Memang sah la tu 5 cm. Doktor terus cakap saya akan dihantar ke labor room terus nanti. Maksudnya dah kena bersedia la kan.

Hari terus berlalu, takde apa2 tanda. Lewat petang tu baru keluar tanda turun darah. Tanda air ketuban takde langsung. Masih tak sakit. Masih bertenang macam takde apa berlaku. Esoknya, doktor cek lagi sekali, bukaan masih 5cm. Dia bagitahu harini kena masuk labor room jugak sebab dah cukup seminggu overdue dan bukaan pun dah besar. Jam 9.30 betul2 lepas sarapan, terus doktor suruh siap2 nak masuk labor room. Nebes! Tapi rasa lambat lagi proses ni. Dia suruh masuk je tu.

Rupanya, lepas ditolak masuk ke labor room, doktor dan nurse terus buat persediaan dan terus pecahkan ketuban. Haaa perasaan taktau nak kata. Rasa macam tak ready. Siap tanya, nanti boleh makan lagi tak? Sebab kita sangka lama lagi nak bersalin. Rupanya dah masuk labor room tak boleh makan dah sebab incase kita kena emergency operate, perut kena kosong.

Jam 9.40 am dah setel pecah ketuban, barulahh nak rasa sakit. Tapi bagi saya, sakit tu tak sakit sangat. Part yang saya rasa sakit, masa dia gunting dan jahit hahaha. Yang tu sakit bagi saya sebab bersalin tak sakit. Penat nak keluarkan baby je. Terbaring la sorang2 atas katil tu, siap tengok sister tengah mengajar budak praktikal. Siap gelak2 lagi dengan diorang. Jam 11 keatas baru mula berpeluh2. Senyum bolehh takde hal. Gelak je dah berkurang sebab automatik kita akan rasa susah nak bercakap. Cakap pun sopan2 gitu.

12.15pm, contraction makin kuat. Nurse pun dah tanya kalau rasa nak keluar dah baby tu, panggil dia. Nak panggil pun takde kudrat dah rasanya haha. 12.25pm semua nurse dah ready. Kita pun dah mood baby nak pop out. 12.30pm nurse panggil suami masuk. Alhamdulillah, suami tengok setiap saat proses bersalin tu. Dari nampak rambut baby, sampailah keluar. Syukur suami ada. Masa suami suruh selawat, saya rasa nak marah je kat dia. Siap suruh dia diam sebab ntah. Rimas kot. Hahaha. Yela dok bertarung ni, dia dok bagi semangat kat tepi kan. Walaupun rimas, tu lah yang membantu jadi kuat semangat. Tq suami! Allah saja mampu balas budi awak ada dengan saya ketika tu.

Tup tup 12.51pm, keluarlah satu suara menangis uwek uwek dengan nyaringnya. Tu pun lepas dipukul montotnya haha. Alhamdulillah memori yang susah nak lupa. Tapi lepas tu proses menjahit, yang tu lagi dua kali ganda susah nak lupa.

Kalau ikutkan, kejap sangat pengalaman sakit contraction, sekejap sangat dalam labor room, ada yang 12 jam tahan contraction dalam labor room. Tapi Allah mudahkan urusan bersalin saya. Rahsianya, memang tak putus baca laila illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Memang tak putus. Tak lekang sesaat pun. Masa proses keluarkan baby pun masih teruskan bacaan. Memang rasa dipermudah sangat urusannya. Dan rahsia kedua, mind set. Saya memang mind set taknak duduk dalam labor room lama2, nak rasa sakit yang sekejap, nak melahirkan hari Jumaat dan nak baby lahir sebelum waktu solat supaya saya tak perlu qada'. Alhamdulillah Allah makbulkan :D

Okay tu je nak cerita. Bagi yang menunggu hari, zikrullah banyak2. Mind set dalam2 apa yang dihajatkan. InshaaAllah dipermudah :)

Ewahh panjangnya menaip!

Nak order Shaklee?
Whatsapp Iqa 0192090727.
Diskaun 20% pada setiap pembelian*

Wednesday, January 6, 2016

Atasi Masalah Rambut Gugur


Alamak rambut gugur! Takut nak sikat. Sebab kalau sikat, terbayang kepala botak. Bertambah risau kalau nak basuh rambut. Kalau boleh taknak bukak getah rambut sebab tak suka tengok rambut tercabut banyak-banyak kat getah dan lantai. Lagi-lagi kalau tumpang rumah kawan atau tidur hotel. Berterabur rambut kat lantai. Malu!


Mesti ramai yang alami masalah macam ni kan? Dah bela panjang-panjang, sayangnya akar rambut tak kuat. Asyik gugur saja dan akhirnya nekad nak potong rambut. Huk huk sayang! Tetapi sekarang tidak lagi :D

Apa yang boleh diamalkan? Meh nak kongsi dengan kawan2. 



Ni bukan testimoni saya ya. Ni testimoni ihsan dari Google. Tq yang meng-share. 


Hanya amalkan penggunaan shampoo BEBAS KIMIA, Prosante Shaklee, sangat-sangat mengubah hidup saya. Cewah. Konon-konon lebih konfiden gitu. Dan untuk penjagaan dalaman, saya amalkan Zinc Shaklee. Zinc ni MEMBANTU MENGUATKAN AKAR RAMBUT. Dan yang best, rambut-rambut baru yang tumbuh lebih sihat dan bersinar. Blink blink!

Kalau ada kawan-kawan yang masih mencari cara untuk atasi rambut gugur, boleh hubungi saya di 0192090727. Whatsapp saja. Sepantas kilat saya respon kalau whatsapp tak hang. haha. InshaaAllah saya akan consult sehabis baik untuk kawan-kawan. 

Whatsapp 0192090727 okayy :)


Tuesday, January 5, 2016

TANDA HAMIL ANAK LELAKI


Bagi seorang ibu yang sedang hamil, pasti dia akan tertanya-tanya apakah jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Saya sebagai ibu yang sedang hamil 6 bulan juga memikirkan benda yang sama. Ada rakan guru mengatakan bentuk perut saya ni macam bakal melahirkan bayi lelaki. Ye ke? Masih menjadi persoalan selagi tak scan kan. Ni saya kongsikan antara cara tradisional bagi mengecam bayi yang bakal dilahirkan mengikut kata-kata orang lama.

Jika anda mengandung anak lelaki, berikut antara tanda-tandanya :

1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan tajam
2. Anda tidak mengalami 'morning sickness'
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing, bermakna anda hamil anak lelaki
14. Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih, bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki


Kalau dilihat pada tanda-tanda yang tertera ni, memang banyak menunjukkan saya hamil anak lelaki. Bagi yang bahagian sering sakit kepala, saya tak pernah pula diserang sakit kepala sepanjang hamil. Mungkin disebabkan B Complex Shaklee :) Apa-apa pun saya tiada mengharapkan mana-mana jantina, yang penting anak sihat dan ceria selalu :) Kalau lelaki, mungkin suami saya orang paling gembira sebab boleh ajak pergi memancing. hihi. Doakan ibu dan anak sihat sentiasa ya.


Thursday, December 31, 2015

Bengkak Susu. Apa Punca dan Cara Penyelesaian

Assalamualaikum Shaklee lovers. 

Petang ni sambil-sambil bersedia nak closing, saya nak kongsi beberapa info mengenai Bengkak Susu.

Siapa yang sering alami masalah bengkak susu? Mestilah para ibu yang menyusukan bayi :) Kadang-kadang bengkak susu sampai boleh bawa demam. Bila dah demam tu yang menyekat aktiviti seharian kita. Sebenarnya, bengkak susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara dan nanah. Jom kita tengok apa punca sebenar bengkak susu ni supaya tidak berulang lagi.

7 PUNCA BERLAKU BENGKAK SUSU:

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on breastfeeding)

Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.


2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.


3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali.


4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.


Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast).

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara(switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7. Pam susu. (Breast pump).

Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.

Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong.  Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada bahagian nipple.

Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.

Bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu, boleh cuba amalkan tips yang disediakan di bawah untuk melegakan bengkak susu.

TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast.

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compressuntuk menghilangkan radang.

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.


** Perkongsian dari cikgususu.com


Selain daripada tips-tips yang dikongsikan tadi, para ibu boleh juga mencari makanan tambahan yang sesuai bagi melancarkan peredaran susu. Bagi saya, saya cadangkan Lecithin Shaklee. Kenapa Lecithin Shaklee bagus untuk ibu menyusu dan memastikan tiada bengkak susu?

Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu

Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  • Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .


Diharapkan dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat membantu melancarkan dan memudahkan proses penyusuan untuk anak-anak. Semoga dipermudahkan urusan para ibu.


Hubungi kami, untuk mendapatkan Lecithin dengan HARGA PROMOSI (hari terakhir, 31/12/2015) beserta dengan FREE CONSULTATION!
msg/whatsapp: 019-2090727
pm fb: https://www.facebook.com/messages/kedaivitamintanjungkarang

COD: Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Tuesday, December 29, 2015

Herbal Blend Krim Serba Guna


Kandungan Herbal Blend

Sage leaf
- merawat masalah dan jangkitan kulit, gigitan serangga.

Horse Chestnut Seed
- merawat alergi pada kulit / eczema

Yarrow
- menyembuhkan luka, selsema dan demam

Rosemary Leaf
- musuh bagi serangga, nyamuk, lalat, ulat dan kumbang.

Krim serba guna yang sesuai untuk semua orang dan semua situasi. 5 bintang untuk Herbal Blend 


Berminat untuk dapatkan Herbal Blend dengan POTONGAN 20%?
Whatsapp : Iqa 0192090727
FB page : Kedai Vitamin Tanjung Karang

Saturday, January 31, 2015

BETAPA PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN C

Kalau anda perasan, zaman sekarang supplemen kesihatan dah semakin banyak di pasaran. Tumbuh bak cendawan kata orang lama. Dan saya yakin, pembaca post saya ketika ini, pasti pernah mengamalkan supplemen kesihatan. Seperti yang kita tahu, supplemen merupakan pemakanan tambahan dalam kehidupan kita seharian di samping menambah nutrisi daripada pemakanan asas kita seharian. Adakah anda pasti, dalam satu pinggan yang kita makan itu, sudah cukup nutrisinya? Terutamanya nutrisi Vitamin C. Vitamin C kebiasaannya boleh diperoleh daripada buah. Tapi adakah anda mengamalkan pemakanan buah setiap kali sebelum makan? Adakah mengamalkan pengambilan buah setiap hari?


Tapi sebenarnya, adakah Vitamin C itu sangat penting? 


Jawapannya adalah YA. 



Mengapa YA? 






Menarik kan? Sebenarnya banyak lagi info menarik tentang Vitamin C. 
Sambung baca info di bawah :)




MANFAAT UTAMA :
·         Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

·         Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

·         Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

·         Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

·         Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

·         Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

·         Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.




Tahukah anda Shaklee merupakan produk pertama menawarkan Vitamin C Sustained Release yang semulajadi? 


Itulah perbezaan Sustained Release Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C lain. Sekarang, lihat sendiri keberkesan Sustained Release Vitamin C Shaklee untuk kebaikan pada kulit.


Credit to : Melschaonlineshop

"Nak share testimoni diri sendiri dulu. Saya telah mengamalkan Shaklee consume selama 3 bulan dan hasilnya sangat ketara. Gambar testimoni tidak edit dan kesemua gambar di atas original. Masalah jerawat dapat di atasi dengan baik. Sekarang tgh focus masalah parut2 yang tinggal kesan daripada pimples before this. Vita C dan Vita E juga mencerahkan kulit muka saya. Sejak mengamalkan shaklee pimples tidak naik keterlaluan dan akan naik pimples masa datang bulan sahaja. alhamdulillah dah dapat kulit yang licin dan tidak berkerutu  lagi. Thanx shaklee :)"


Best kan? Banyak lagi kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Cuba dulu, baru tahu.



Hubungi kami, untuk mendapatkan Sustained Release Vitamin C anda, beserta dengan FREE CONSULTATION! 
msg/whatsapp: 019-2090727 
pm fb: https://www.facebook.com/messages/beauteeyou  

COD: Tanjung Karang, Kuala Selangor.