Assalamualaikum Shaklee lovers.
Petang ni sambil-sambil
bersedia nak closing, saya nak kongsi beberapa info mengenai Bengkak Susu.
Siapa yang sering alami masalah bengkak susu? Mestilah para
ibu yang menyusukan bayi :) Kadang-kadang bengkak susu sampai boleh bawa demam.
Bila dah demam tu yang menyekat aktiviti seharian kita. Sebenarnya, bengkak
susu adalah signal yang diberi badan apabila susu tidak dikeluarkan sepenuhnya
dari breast, atau pengeluaran susu itu tidak efektif. Apabila payudara tidak
dikosongkan dengan baik mengikut waktu yang sesuai, saluran susu akan mula
tersumbat. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan radang payudara
dan nanah. Jom kita tengok apa punca sebenar bengkak susu ni supaya tidak
berulang lagi.
7 PUNCA BERLAKU BENGKAK SUSU:
1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama. (Late on set on
breastfeeding)
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh
menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus
menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara
membengkak.
2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat
dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada
masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.
3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap. (Inadequate
feeding/pumping).
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak
dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar
dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi
menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan
kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam
sekali.
4. Penyusuan berjadual. (Scheduled feeding).
Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana
bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu.
Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi
sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap
dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu
mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch
the baby, not the clock).
5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara. (5 or
10 minutes rules on each breast).
Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga
dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di
sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara(switch sides) semasa menyusu
menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara.
Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak
menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.
6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)
Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat,
sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di
office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan
pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut
jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal
seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking)
kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk
mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula
membengkak dan tersumbat.
7. Pam susu. (Breast pump).
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz
corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat
keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan
saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih
pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
Contoh: Medela Freestyle ada 3 saiz corong. Saiz M (24mm) default size, extra shield yang
diberi bersaiz L (27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz
yang lebih besar jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa
sakit dan pedih pada bahagian nipple.
Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang
sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar
sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif.
Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam
keadaan yang baik sebelum memerah.
Bagi ibu-ibu yang mengalami bengkak susu, boleh cuba amalkan
tips yang disediakan di bawah untuk melegakan bengkak susu.
TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:
1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke
bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian
breast dengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).
2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di
bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)
3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam
(areola) di seluruh breast.
4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas
tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan
urutan pada breast.
5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu,
pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan
yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan
dengan urutan pada breast.
6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM
1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.
7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang
aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila
menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan
bengkak susu.
8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan
meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian
payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang
payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi
air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compressuntuk
menghilangkan radang.
10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda
berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.
** Perkongsian dari cikgususu.com
Selain daripada tips-tips yang dikongsikan tadi, para ibu
boleh juga mencari makanan tambahan yang sesuai bagi melancarkan peredaran
susu. Bagi saya, saya cadangkan Lecithin Shaklee. Kenapa Lecithin Shaklee bagus
untuk ibu menyusu dan memastikan tiada bengkak susu?
Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang
menyusu?
- Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
- Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu
- Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
- Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Diharapkan dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini dapat
membantu melancarkan dan memudahkan proses penyusuan untuk anak-anak. Semoga
dipermudahkan urusan para ibu.
✆ Hubungi kami, untuk mendapatkan Lecithin dengan HARGA
PROMOSI (hari terakhir, 31/12/2015) beserta dengan FREE CONSULTATION!
✎ msg/whatsapp: 019-2090727
✍ pm fb:
https://www.facebook.com/messages/kedaivitamintanjungkarang
☎ COD: Tanjung Karang, Kuala Selangor.