nuffnang

Tuesday, May 17, 2016

Pemalas & Tidak Fokus!

[PEMALAS & TIDAK FOKUS]

Masalah ramai orang yang nak berjaya,
tetapi tidak berjaya untuk berjaya,
adalah kerana mereka malas dan tidak fokus.

Saya mulakan dengan pemalas.
Pemalas sukar nak berjaya kerana orang yang berjaya antara cirinya adalah dia berkerja keras. Orang yang berjaya juga tidak akan terus berjaya. Dia akan diuji dan diuji. Untuk mengatasi ujian-ujian tersebut, semestinya kekerasan usaha itu dituntut.

Pemalas juga akan menjadi seorang yang lembab. Sedangkan peluang tidak menanti kita mendapatkannya. Peluang akan pergi mengikut masa, dirampas oleh pesaing, dan sebagainya. Pemalas tidak akan mampu menghargai peluang, lantas dia akan membazirkannya.

Saya sentuh pula perihal tidak fokus.

Kadangkala ada orang ni dia tidak malas. Dia sangat rajin. Bahkan teramat rajin. Banyak kerja dia nak buat. Semua benda dia nak kisah. Dia akhirnya tidak fokus.

Apa sebenarnya dia nak? Dia tak tahu.
Apa 'core business' dia? Dia tak tahu.
Apa perjuangan sebenar dia dalam hidupnya? Dia tak tahu.

Dia tiada fokus.
Akhirnya?
Kekuatannya habis di banyak tempat, namun tidak membawa apa-apa hasil. Kerjanya bertaburan, banyak namun tidak berjaya memberikan impak. Semua tidak berjaya dek kerana tenaganya telah terbahagi pada terlalu banyak perkara.

Mengapa tidak dia fokuskan tenaganya pada satu-dua perkara sahaja? Kemudian mengembangkannya kepada potensinya yang tertinggi? Namun ramai orang tidak tahu untuk fokus.

Bila dua penyakit ini tidak diselesaikan,
memang sukar untuk seseorang itu hendak menempah kejayaan.

Orang yang nak berjaya kena bukan sekadar rajin,
tetapi juga  kena belajar berfokus.

#copypaste
#pageHilalAsyraf

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Tiba2 rasa nak kongsi pengalaman bersalin 6 Mei haritu.

Kita ni overdue. Doktor bagi tempoh seminggu lagi untuk bersalin. Jadinya, 5 Mei dah kena serah diri ke Hospital Sg Buloh. Ramai tanya kenapa tak bersalin hospital swasta. Saya tak terfikir langsung nak ke swasta sebab saya dan suami masih dalam proses menstabilkan kewangan. Kalau boleh nak Hospital Tg Karang je kalau takde kes. Tapi kita merancang saja. Allah tentukan, saya bersalin di Sg Buloh juga. Nak tahu, layanan kat situ, best sangat :) kecuali kena survive sorang2 dalam wad lepas bersalin tu sorang2. Yang tu tak best haha.

5 Mei check bukaan rupanya dah 5 cm. Ramai kata 5 cm tu patutnya dah tak duduk diam. Sakit dah mula menyerang. Tapi, saya tak rasa sakit langsung. Terkejut doktor kata dah 5 cm. Bukan sorang check, sampai 3 orang. Memang sah la tu 5 cm. Doktor terus cakap saya akan dihantar ke labor room terus nanti. Maksudnya dah kena bersedia la kan.

Hari terus berlalu, takde apa2 tanda. Lewat petang tu baru keluar tanda turun darah. Tanda air ketuban takde langsung. Masih tak sakit. Masih bertenang macam takde apa berlaku. Esoknya, doktor cek lagi sekali, bukaan masih 5cm. Dia bagitahu harini kena masuk labor room jugak sebab dah cukup seminggu overdue dan bukaan pun dah besar. Jam 9.30 betul2 lepas sarapan, terus doktor suruh siap2 nak masuk labor room. Nebes! Tapi rasa lambat lagi proses ni. Dia suruh masuk je tu.

Rupanya, lepas ditolak masuk ke labor room, doktor dan nurse terus buat persediaan dan terus pecahkan ketuban. Haaa perasaan taktau nak kata. Rasa macam tak ready. Siap tanya, nanti boleh makan lagi tak? Sebab kita sangka lama lagi nak bersalin. Rupanya dah masuk labor room tak boleh makan dah sebab incase kita kena emergency operate, perut kena kosong.

Jam 9.40 am dah setel pecah ketuban, barulahh nak rasa sakit. Tapi bagi saya, sakit tu tak sakit sangat. Part yang saya rasa sakit, masa dia gunting dan jahit hahaha. Yang tu sakit bagi saya sebab bersalin tak sakit. Penat nak keluarkan baby je. Terbaring la sorang2 atas katil tu, siap tengok sister tengah mengajar budak praktikal. Siap gelak2 lagi dengan diorang. Jam 11 keatas baru mula berpeluh2. Senyum bolehh takde hal. Gelak je dah berkurang sebab automatik kita akan rasa susah nak bercakap. Cakap pun sopan2 gitu.

12.15pm, contraction makin kuat. Nurse pun dah tanya kalau rasa nak keluar dah baby tu, panggil dia. Nak panggil pun takde kudrat dah rasanya haha. 12.25pm semua nurse dah ready. Kita pun dah mood baby nak pop out. 12.30pm nurse panggil suami masuk. Alhamdulillah, suami tengok setiap saat proses bersalin tu. Dari nampak rambut baby, sampailah keluar. Syukur suami ada. Masa suami suruh selawat, saya rasa nak marah je kat dia. Siap suruh dia diam sebab ntah. Rimas kot. Hahaha. Yela dok bertarung ni, dia dok bagi semangat kat tepi kan. Walaupun rimas, tu lah yang membantu jadi kuat semangat. Tq suami! Allah saja mampu balas budi awak ada dengan saya ketika tu.

Tup tup 12.51pm, keluarlah satu suara menangis uwek uwek dengan nyaringnya. Tu pun lepas dipukul montotnya haha. Alhamdulillah memori yang susah nak lupa. Tapi lepas tu proses menjahit, yang tu lagi dua kali ganda susah nak lupa.

Kalau ikutkan, kejap sangat pengalaman sakit contraction, sekejap sangat dalam labor room, ada yang 12 jam tahan contraction dalam labor room. Tapi Allah mudahkan urusan bersalin saya. Rahsianya, memang tak putus baca laila illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Memang tak putus. Tak lekang sesaat pun. Masa proses keluarkan baby pun masih teruskan bacaan. Memang rasa dipermudah sangat urusannya. Dan rahsia kedua, mind set. Saya memang mind set taknak duduk dalam labor room lama2, nak rasa sakit yang sekejap, nak melahirkan hari Jumaat dan nak baby lahir sebelum waktu solat supaya saya tak perlu qada'. Alhamdulillah Allah makbulkan :D

Okay tu je nak cerita. Bagi yang menunggu hari, zikrullah banyak2. Mind set dalam2 apa yang dihajatkan. InshaaAllah dipermudah :)

Ewahh panjangnya menaip!

Nak order Shaklee?
Whatsapp Iqa 0192090727.
Diskaun 20% pada setiap pembelian*

Wednesday, January 6, 2016

Atasi Masalah Rambut Gugur


Alamak rambut gugur! Takut nak sikat. Sebab kalau sikat, terbayang kepala botak. Bertambah risau kalau nak basuh rambut. Kalau boleh taknak bukak getah rambut sebab tak suka tengok rambut tercabut banyak-banyak kat getah dan lantai. Lagi-lagi kalau tumpang rumah kawan atau tidur hotel. Berterabur rambut kat lantai. Malu!


Mesti ramai yang alami masalah macam ni kan? Dah bela panjang-panjang, sayangnya akar rambut tak kuat. Asyik gugur saja dan akhirnya nekad nak potong rambut. Huk huk sayang! Tetapi sekarang tidak lagi :D

Apa yang boleh diamalkan? Meh nak kongsi dengan kawan2. 



Ni bukan testimoni saya ya. Ni testimoni ihsan dari Google. Tq yang meng-share. 


Hanya amalkan penggunaan shampoo BEBAS KIMIA, Prosante Shaklee, sangat-sangat mengubah hidup saya. Cewah. Konon-konon lebih konfiden gitu. Dan untuk penjagaan dalaman, saya amalkan Zinc Shaklee. Zinc ni MEMBANTU MENGUATKAN AKAR RAMBUT. Dan yang best, rambut-rambut baru yang tumbuh lebih sihat dan bersinar. Blink blink!

Kalau ada kawan-kawan yang masih mencari cara untuk atasi rambut gugur, boleh hubungi saya di 0192090727. Whatsapp saja. Sepantas kilat saya respon kalau whatsapp tak hang. haha. InshaaAllah saya akan consult sehabis baik untuk kawan-kawan. 

Whatsapp 0192090727 okayy :)


Tuesday, January 5, 2016

TANDA HAMIL ANAK LELAKI


Bagi seorang ibu yang sedang hamil, pasti dia akan tertanya-tanya apakah jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Saya sebagai ibu yang sedang hamil 6 bulan juga memikirkan benda yang sama. Ada rakan guru mengatakan bentuk perut saya ni macam bakal melahirkan bayi lelaki. Ye ke? Masih menjadi persoalan selagi tak scan kan. Ni saya kongsikan antara cara tradisional bagi mengecam bayi yang bakal dilahirkan mengikut kata-kata orang lama.

Jika anda mengandung anak lelaki, berikut antara tanda-tandanya :

1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan tajam
2. Anda tidak mengalami 'morning sickness'
3. Wajah anda berseri-seri
4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
5. Kulit anda kering
6. Hidung kelihatan lebih kembang
7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
9. Sering diserang sakit kepala
10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing, bermakna anda hamil anak lelaki
14. Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih, bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki


Kalau dilihat pada tanda-tanda yang tertera ni, memang banyak menunjukkan saya hamil anak lelaki. Bagi yang bahagian sering sakit kepala, saya tak pernah pula diserang sakit kepala sepanjang hamil. Mungkin disebabkan B Complex Shaklee :) Apa-apa pun saya tiada mengharapkan mana-mana jantina, yang penting anak sihat dan ceria selalu :) Kalau lelaki, mungkin suami saya orang paling gembira sebab boleh ajak pergi memancing. hihi. Doakan ibu dan anak sihat sentiasa ya.