nuffnang

Sunday, September 21, 2014

Seronoknya Jadi Orang Yang Sihat!

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat Vitadesa!


Hari Isnin. Monday Blues. Minggu ni jadi guru bertugas. Kena mengetuai perhimpunan pagi. Harini kali kedua bertugas dan menjadi MC tapi gemuruhnya mak haihhhh. Dah selalu jadi MC pun darah gemuruh masih kuat. Alhamdulillah berjaya atasi. Legaaaa.


Nak tau tak macam mana nak kekal ceria dan aktif??


@ Berbahagialah!
Pagi2 kita perlu senyum. Pandang cermin set dalam minda hari ini kita perlu jadi aktif, ceria dan.    tidak beremosi. Pasti hari anda berlalu dengan baik.


@ Minum air secukupnya.
Jangan pandang endah sekiranya badan kita kekurangan air. Pastikan sehari minum air 2 liter. Lebih2 lagi dengan cuaca kita yang semakin panas. 


@ Buat perkara yang menggembirakan!
Cari dan lakukan perkara yang disukai tetapi jangan sekali-kali anda tinggalkan tanggungjawab yang anda tidak suka lakukan. Kita kena set dalam minda benda yang positif. Lakukan kerja secara terpaksa akan menimbulkan keikhlasan. Kerja yang tidak disukai? Paksa diri anda!


@ Tidur yang mencukupi.
Orang dewasa memerlukan 8 jam tidur waktu malam. Selain itu, kita juga perlukan rehat yang secukupnya. Dapatkan cuti sekiranya kelapangan. Waktu rehat paling berkualiti adalah ketika bersama keluarga. 


@ Makanan yang baik.
Tenaga untuk kita bergerak seharian diperoleh daripada pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang baik memberi kesan yang baik dan optimum kepada aktiviti kita seharian. Pengambilan supplemen tambahan juga merupakan salah satu akar kepada kesihatan yang baik. Badan yang sihat menjamin kualiti kepuasan hidup. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.


Jadi, apa tunggu lagi? Jom amalkan gaya hidup sihat! Jangan lupa, niat dalam diri, saya sihat untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik disamping bersemangat mengejar cinta Illahi. InsyaaAllah berkat kehidupan kita. 😊

No comments:

Post a Comment