nuffnang

Tuesday, May 17, 2016

Pemalas & Tidak Fokus!

[PEMALAS & TIDAK FOKUS]

Masalah ramai orang yang nak berjaya,
tetapi tidak berjaya untuk berjaya,
adalah kerana mereka malas dan tidak fokus.

Saya mulakan dengan pemalas.
Pemalas sukar nak berjaya kerana orang yang berjaya antara cirinya adalah dia berkerja keras. Orang yang berjaya juga tidak akan terus berjaya. Dia akan diuji dan diuji. Untuk mengatasi ujian-ujian tersebut, semestinya kekerasan usaha itu dituntut.

Pemalas juga akan menjadi seorang yang lembab. Sedangkan peluang tidak menanti kita mendapatkannya. Peluang akan pergi mengikut masa, dirampas oleh pesaing, dan sebagainya. Pemalas tidak akan mampu menghargai peluang, lantas dia akan membazirkannya.

Saya sentuh pula perihal tidak fokus.

Kadangkala ada orang ni dia tidak malas. Dia sangat rajin. Bahkan teramat rajin. Banyak kerja dia nak buat. Semua benda dia nak kisah. Dia akhirnya tidak fokus.

Apa sebenarnya dia nak? Dia tak tahu.
Apa 'core business' dia? Dia tak tahu.
Apa perjuangan sebenar dia dalam hidupnya? Dia tak tahu.

Dia tiada fokus.
Akhirnya?
Kekuatannya habis di banyak tempat, namun tidak membawa apa-apa hasil. Kerjanya bertaburan, banyak namun tidak berjaya memberikan impak. Semua tidak berjaya dek kerana tenaganya telah terbahagi pada terlalu banyak perkara.

Mengapa tidak dia fokuskan tenaganya pada satu-dua perkara sahaja? Kemudian mengembangkannya kepada potensinya yang tertinggi? Namun ramai orang tidak tahu untuk fokus.

Bila dua penyakit ini tidak diselesaikan,
memang sukar untuk seseorang itu hendak menempah kejayaan.

Orang yang nak berjaya kena bukan sekadar rajin,
tetapi juga  kena belajar berfokus.

#copypaste
#pageHilalAsyraf

No comments:

Post a Comment